Friday, February 22, 2019

Introduction

Untuk slot ini saya akan berkongsi mengenai sesi pembelajaran pertama kursus ini .

Dr Suzani binti Mohamad Samuri ,

Beliau adalah seorang seorang pendidik yang sangat berpengaruh dan ceria . Suasana yang suram dan kelam berjaya dibangkitkan menjadi suasana yang riuh dan ceria seterusnya memaksa kami sebagai para pelajar untuk memerah otak dan bersama-sama dengannya membincangkan perkara yang berkaitan dengan bab pertama yang akan dipelajari iaitu "Digital Literacy".

Saya masih ingat lagi soalan pertama Dr dalam kelas tersebut , Dr bertanya , "Apakah itu Internet?" , semua pelajar terdiam kerana masing-masing seperti tidak mampu berkata apa-apa disebabkan perkara itu tidak pernah diambil tahu oleh kami sedangkan kami menggunakan perkhidmatan internet seharian dalam hidup kami .

Haha

Saya juga masih ingat ketika kali pertama saya bersuara melontar buah fikiran saya ;

Saya : " Saya ada jawapannya Dr " , tangan diangkat sambil keyakinan penuh di dada 😂
Dr: " Ya Riefdy silakan "

Saya tidak berapa ingat apa yang saya jawab tetapi yang pasti saya merujuk " GOOGLE "
dan selepas itu Dr telah dapat menghidu dengan mudahnya yang saya ini berasal dari Terengganu . 😂

Bersambung...

No comments:

Post a Comment