Sunday, February 24, 2019

Chapter 9 : Communication and Network & Chapter 10 : Digital Safety and Security

Kelas pada hari ini adalah yang paling seronok bagi saya . Mungkin kerana kelas ini adalah sesi terakhir sebelum kami bercuti panjang selama seminggu iaitu cuti sempena Tahun Baharu Cina .  Pada awalnya , saya dan kawan - kawan dapat bermain jenis permainan yang dirangka oleh Dr iaitu permainan bom kapal ataupun "Battleship" . 

Perkara yang menyeronokkan ialah apabila kumpulan kami dapat mengebom kapal pihak lawan . Apabila berlakunya sedemikian , pihak lawan perlu menjawab soalan yang diambil daripada  bab 9 & 10 . Jika jawapan mereka tepat mereka akan diberikan . Secara keseluruhannya saya berasa  gembira kerana kumpulan kami pada awalnya  berjaya  mengebom kapal pihak lawan dan keadaan momentum kemenangan itu bertahan untuk beberapa ketika . 

Akhir sekali kumpulan saya tumpas jua kerana pihak lawan semakin lama semakin bijak mengatur strategi dan telah mampu membaca pergerakan kapal kami . Terdapat banyak soalan yang diajukan oleh pensyarah kepada kami mengenai bab 9 & 10 . Antara soalan yang kumpulan kami terima sebelum kapal kami karam adalah , "Apakah yang dimaksudkan dengan  Green Computing ? " Haha kami sedikit terkejut dengan soalan itu kerana kami kurang bersedia dengan soalan yang diaju selain kurangnya maklumat dalam diri kami dek kerana kurangnya pembacaan dan rujukan . 

Akhirnya Dr telah menerangkan iaitu Pengkomputeran Hijau adalah perkara yang melibatkan pengurangan sisa elektrik dan alam sekitar semasa menggunakan komputer, peranti mudah alih, dan teknologi yang berkaitan. Manfaat yang kita dapat dari "Green Computing " ini adalah kita dapat mengurangkan kertas dalam pengurusan berkomunikasi. Dalam bab 10 pula , saya dapat mengenalpasti jenis ancaman yang terdapat dalam internet.



Tahukah anda ? Terdapat perbezaan antara "hacker" dan "cracker" . Di sini saya akan berkongsi lampiran mengenainya .


Secara tuntasnya , kita perlu memelihara maklumat peribadi kita dengan bersungguh-sungguh agar maklumat tersebut tidak disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab . 

Alhamdulillah setakat ini sahajalah yang saya mampu kongsikan kepada anda . Terima kasih 😊



No comments:

Post a Comment